Salam,
Saya mendapat panggilan telefon dari Pn. Zaleha pertengahan bulan Nov yang menanyakan kekosongan homestay pada 5hb-6hb Dis 2011 untuk tempahan semalam. Pn. Zaleha ini dari Gua Musang, Kelantan mencari homestay untuk kegunaan mereka sekeluarga bagi menghadiri majlis konvokesyen adiknya. Setahu saya minggu itu diadakan majlis konvokesyen semua institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berlangsung seminggu di Tanjung Rambutan.
Pada ketika ini, kemajuan teknologi maklumat telah banyak membantu kehidupan manusia. Dengan adanya blog Homestay De Rasi ini, Pn. Zaleha telah mendapat maklumat untuk menghubungi saya dan seterusnya memudahkan urusan beliau sekeluarga. Setelah deposit dimasukkan melalui sistem perbankan on-line, saya menyemaknya untuk tujuan pengesahan. Segalanya mudah, cepat dan selamat.

Sampai hari yang dijanjikan, Pn. Zaleha memaklumkan yang beliau telah bertolak dari Gua Musang dan melalui Jalan Gua Musang-Cameron Highlang-Simpang Pulai. Sampai sahaja di Simpang Pulai, saya mencadangkan agar Pn. Zaleha terus masuk ke Plus Highway untuk terus ke Ipoh. Apabila sampai di Tol Ipoh Selatan, kami berjanji agar dia menunggu di situ dan saya akan mengambil mereka untuk dibawa terus ke Homestay De Rasi.
Dari Tol Ipoh Selatan, lebih kurang 2 minit sahaja mereka telah selamat sampai di homestay. Syukur, alhamdulillah semua urusan dipermudahkan, dengan bantuan teknologi komputer, telefon bimbit dan kemudahan lebuhraya dan tidak lupa kuasa Ilahi. Saya selalu mengingatkan diri sendiri agar memikirkan homestay ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai, dan bukan sekadar keuntungan wang ringgit sahaja. Wang ringgit akan susut tetapi pertolongan sesama manusia akan dikira di sana nanti...insyaallah.
Dalam pukul 12.00 tengahari 6hb Dis itu, Pn. Zaleha memaklumkan yang mereka telah bersedia untuk berangkat pulang dan saya mendoakan agar perjalanan mereka lancar dan selamat sampai ke rumah.
Sekian.
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "
No comments:
Post a Comment