Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pertama kalinya Homestay De Rasi, Ampang ini menerima tetamu malam, oohh...maksud saya tetamu yang sampai pada waktu malam. Memperkenalkan diri sebagai En Zul, mereka bertolak dari KL lebih kurang pukul 10.00 malam dan sampai di Susur Keluar Tambun, Ipoh ini anggaran 12.20 malam. Saya terus arahkan En. Zul ke GiantTambun dan tunggu di situ, suami saya akan menjemput mereka dan bawa terus ke homestay.
Alhamdulillah segalanya selamat dan teratur seperti yang diharapkan. Sampai di perkarangan homestay terus saya membuka pagar supaya En. Zul boleh parking kenderaannya, Honda CRV dengan selamat. Selepas itu pula kami mengisi borang Perjanjian Penyewaan Homestay De Rasi, Ampang Ipoh Perak ini. Agak melecehkan tetapi demi kebaikan kedua-dua belah pihak iaitu saya sebagai Tuan Rumah dan penyewa homestay sebagai Tetamu saya. Saya cuba melakukan yang terbaik demi mengalu-alukan kedatangan semua tetamu saya.
Terima kasih buat En. Zul, isteri dan anak perempuannya yang berusia 2 tahun (comel dan manja) di atas kehadiran kalian ke Homestay De Rasi. Katanya hari ini akan ada lagi saudara-maranya yang akan bertandang ke homestay ini. Abang kepada En. Zul iaitu En. Hasrol akan bergelar Raja Sehari pada hari Ahad ini. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat En. Hasrol, moga berbahagia hingga ke akhir hayat...Aminnn.
Juga ucapan terima kasih dan sayang buat suamiku tercinta, juga bernama En. Dzul atas bantuan, sokongan dan pandangannya kepada saya, al-maklumlah saya sekarang ini tengah pening-pening lalat, meloya dan rasa lemah-lemah semacam, hehehe...baru hendak masuk 2 bulan untuk anak yang keempat, insyaallah. Kalian doakanlah yang terbaik untuk saya mengharungi perjalanan 9 bulan yang mencabar ini.
Sekian, jumpa lagi.
Rumah teres 'mewah' 2 tingkat bersaiz 22" X 70" di hadapan padang dan terletak di jalan utama- keluar/masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan, mudah dikunjungi. Sesuai dan selesa sebagai tempat persinggahan semasa menghadiri sebarang majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, berkursus dan bekerja di bandaraya Ipoh dan sekitarnya.
Saturday, November 27, 2010
Wednesday, November 24, 2010
Menginap di Homestay Sempena Cuti-cuti Malaysia
Salam sejahtera semua...
Anggaran pukul 2.00 petang semalam, keluarga En. Junaidi bersedia untuk check-out (hehehe...macam hotel pula). Mereka menginap di homestay selama 2 malam. Sempena cuti sekolah ini mereka Cuti-cuti Malaysia ke Lost World Of Tambun. Best, memang best sampai tidak mahu balik, kata saudara En. Junaidi kepada saya mengenangkan gelagat anak-anaknya.
Selepas ini mereka akan berkonvoi pula ke KL dan doa saya moga mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju. Juga harapan saya mereka berpuas hati menginap di Homestay De Rasi, Ampang Ipoh ini. Jika Baik Beritahu Kawan, Jika Tidak Beritahu Kami.
Orang rumah En. Junaidi mempunyai sebuah blog yang menarik, jika saudara/saudari berminat dengan pinggan-mangkuk lama bolehlah layari blognya.
http://saidahipoh.blogspot.com/
Petang Jumaat nanti saya menunggu kehadiran tetamu dari jauh, keluarga En. Hasrol dari KL. Semoga mereka selamat sampai di Homestay De Rasi. Senang sahaja jika mereka melalui Highway Plus Utara-Selatan, keluar ikut Tol Ipoh Selatan. Tidak sampai 2 minit sampai di homestay ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)