Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana agak lama tidak up-date blog ini. Alasannya mungkin saya agak kekalutan masuk semester baru sistem politeknik Malaysia. Walaupun blog tidak up-date tetapi talian tel 013-3923739 sentiasa bersedia menjawab panggilan anda sekalian.
Sepanjang minggu pertama bulan Disember ini banyak panggilan bertanyakan berkenaan dengan tempahan dalam bulan Disember ini. Saya sekali lagi memohon maaf kepada pemanggil-pemanggil yang 'kecewa' kerana tempahan Homestay De Rasi untuk bulan Disember ini telah penuh. Berikut adalah tempahannya:
1. 2/12 hingga 3/12 ( tempahan 1 malam)
2. 10/12 hingga 12/12 ( tempahan 2 malam)
3. 17/12 hingga 18/12 ( tempahan 1 malam)
4. 25/12 hingga 26/12 (tempahan 1 malam)
5. 30/12 hingga 2/1/2011 (tempahan 3 malam)
Tetamu pertama bulan Disember ini ialah En. Chandra sekeluarga dari Taiping. Mereka juga disertai dengan 2 buah keluarga rakannya iaitu sebuah keluarga dari KL dan sebuah keluarga lagi dari Pulau Pinang. Dengan bilangan tetamu seramai 12 orang itu, saya yakin kemudahan homestay ini mencukupi untuk keperluan mereka. Harapan saya juga moga mereka gembira bertamu di sini.
Agak kelakar juga mendengar rancangan mereka untuk bermalam di homestay, hanya berborak-borak, anak-anak bermain PS2 dengan cara disambung ke TV 29'', bermain catur dan keluar makan malam. Katanya mereka akan berkumpul sebegini 2 kali dalam setahun. Best juga cadangan ini, tujuannya untuk merapatkan hubungan persaudaraan sesama mereka.
Untuk tetamu yang lain juga, saya di sini menunggu kedatangan kalian. Esok tetamu saya mungkin kenalan Datuk Ahmad Daud akan bertandang ke homestay, katanya untuk majlis pertunangan anak Datuk. Ok, kita jumpa di homestay.
Sekian, terima kasih.