Tuesday, February 28, 2012

Pertama kalinya...




As Salam,

                 Berjumpa lagi kita di sini. Apa khabar saudara-saudari sekalian?. Saya sentiasa mendoakan agar tuan/puan diberi kesihatan yang baik, dan tidak ketinggalan juga sentiasa aman dan sejahtera hendaknya. Bukan bab kesihatan sahaja yang perlu kita jaga, malah hubungan sesama manusia atau kehidupan sosialnya juga perlu seimbang. Jika asyik bergaduh sahaja, bak kata orang dulu-dulu, bertemu hidung bercakar, ada sahaja yang silap, maka kita perlu semak kembali apa yang tidak kena. Contoh paling mudah, dalam hubungan suami isteri, pastinya ada berselisih pendapat, tetapi jika selalu sangat bergaduh, ianya boleh menjejaskan keindahan kehidupan dan menjejaskan kesihatan, selalu sakit kepala...iya tak??

              Pada 24 Februari yang lalu, keluarga suami Pn. Nurfasiha telah menginap di Homestay De Rasi untuk tempoh semalam. Pn. Nurfasiha ( masa ini dia belum lagi naik taraf Pn, masih Cik lagi...) telah menempah homestay pada 6 Februari lagi. Semuanya dia buat sendiri, berjanji dengan saya untuk datang melawat homestay sebelum membuat pengesahan tempahan. Dua hari sebelum tarikh masuk juga, dia ada bersms dengan saya bertanyakan dapur untuk memasak, dan tentulah jawapannya 'tiada'.

              Selamat Pengantin Baru buat adik Nurfasiha Bt Firdaus dan suami,  moga berbahagia hendaknya. Tabah dan cekal mengharungi kehidupan berumahtangga...Amin.




             Setelah tamat tempoh penginapan, adik Nurfasiha memaklumkan yang dia tidak dapat memulangkan kunci homestay lagi kerana kunci sudah terbawa balik ke KL. Mungkin saudara-mara sebelah pihak lelaki terlupa hendak memberi kunci kepada mereka, al-maklumlah semuanya sibuk maka 'bergembiralah' kunci homestay saya dapat melancong ke KL. Dan esoknya dalam tengahari adik Nurfasiha dan suami datang semula ke homestay untuk memulangkan kunci dengan diiringi ucapan maaf kerana terlambat. Emmm, ok...saya maafkan, tapi lain kali jangan buat lagi tau....hehehe...



Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...