As Sam semua...
Pembukaan pertama penginapan Homestay De Rasi pada bulan April 2012 ini telah dipegang oleh Cik Nur Khairunisa Binti Kamalluddin dari Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Dia telah menempah homestay dan membuat pembayaran deposit pada 15hb Mac lagi dengan tujuan untuk menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Kali ke- 41 Politeknik Ungku Omar Ipoh pada 2-4hb April 2012 yang lalu. Gambar-gambar sekitar majlis tersebut ada di SINI
(Gambar dari PerakToday)
Sampai tarikh yang dijanjikan iaitu pada petang 2hb April, dalam anggaran pukul 5.30 petang Cik Nisa sekeluarga telah menunggu saya di hadapan PUO. Saya terus membawa mereka ke Homestay De Rasi. Berkenalanlah saya dengan ibu, ayah dan anak-beradik Cik Nisa. Dari perbualan kami itu, kata mereka homestay ini luas dan selesa untuk mereka sekeluarga. Di Pulau Pinang sana jarang ada rumah yang buka luasnya 22 kaki, jika ada pun tentulah banglo jutaan ringgit. Ibu dan ayah Cik Nisa ini juga berkhidmat dalam sektor perhotelan dan pelancongan.
Esoknya dalam pukul 1.00 tengahari kami berjumpa semula di ruang niaga dan Cik Nisa terus memulangkan kunci homestay. Ceria dan berseri wajah Cik Nisa pada waktu itu, setelah segala usaha dan penat-lelah semasa menuntut ilmu di PUO serta pengorbanan ibu ayah dihargai pada majlis konvokesyen ini. Untuk pengetahuan semua, Cik Nisa ini adalah graduan dari JKA dan pastinya dia telah memperolehi pekerjaan setelah tamat pengajian tempohari.
Syabas dan tahniah dari saya, doa saya semoga kejayaan kali ini menjadi titik permulaan untuk kejayaan dan kecemerlangan yang lebih besar lagi di masa-masa akan datang. Diharapkan juga selepas ini kehidupan Cik Nisa sekeluarga terus diiringi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan.
Sekian, jumpa lagi....
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "