Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pertama kalinya Homestay De Rasi, Ampang ini menerima tetamu malam, oohh...maksud saya tetamu yang sampai pada waktu malam. Memperkenalkan diri sebagai En Zul, mereka bertolak dari KL lebih kurang pukul 10.00 malam dan sampai di Susur Keluar Tambun, Ipoh ini anggaran 12.20 malam. Saya terus arahkan En. Zul ke GiantTambun dan tunggu di situ, suami saya akan menjemput mereka dan bawa terus ke homestay.
Alhamdulillah segalanya selamat dan teratur seperti yang diharapkan. Sampai di perkarangan homestay terus saya membuka pagar supaya En. Zul boleh parking kenderaannya, Honda CRV dengan selamat. Selepas itu pula kami mengisi borang Perjanjian Penyewaan Homestay De Rasi, Ampang Ipoh Perak ini. Agak melecehkan tetapi demi kebaikan kedua-dua belah pihak iaitu saya sebagai Tuan Rumah dan penyewa homestay sebagai Tetamu saya. Saya cuba melakukan yang terbaik demi mengalu-alukan kedatangan semua tetamu saya.
Terima kasih buat En. Zul, isteri dan anak perempuannya yang berusia 2 tahun (comel dan manja) di atas kehadiran kalian ke Homestay De Rasi. Katanya hari ini akan ada lagi saudara-maranya yang akan bertandang ke homestay ini. Abang kepada En. Zul iaitu En. Hasrol akan bergelar Raja Sehari pada hari Ahad ini. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat En. Hasrol, moga berbahagia hingga ke akhir hayat...Aminnn.
Juga ucapan terima kasih dan sayang buat suamiku tercinta, juga bernama En. Dzul atas bantuan, sokongan dan pandangannya kepada saya, al-maklumlah saya sekarang ini tengah pening-pening lalat, meloya dan rasa lemah-lemah semacam, hehehe...baru hendak masuk 2 bulan untuk anak yang keempat, insyaallah. Kalian doakanlah yang terbaik untuk saya mengharungi perjalanan 9 bulan yang mencabar ini.
Sekian, jumpa lagi.
Baru dibuka, perabut lengkap serba baru, selesa dan berpatutan: klik disini Tel:Wan - 019.400.3776
ReplyDelete