Salam semua,
Pada 11hb yang lalu, Homestay De Rasi menerima tetamu dari Batu Pahat Johor. Kami, suami isteri mengambil mereka di Tol Ipoh Selatan dan terus membawa mereka ke homestay. Dengan berkonvoi 3 buah kereta, tentunya kami tiada masalah untuk menuju ke homestay kerana dari kawasan tol itu hanya 2 minit sahaja. Dan ini juga keistimewaan kawasan homestay ini, sangat berdekatan dengan kawasan tol, jika mahu keluar ke utara hanya lalu susur keluar sahaja, dan jika mahu ke selatan, hanya keluar ikut pekan Tambun.
Kumpulan tetamu ini menempah homestay untuk tempoh semalam. Masuk 11hb Dis dan keluar pada 12hb Dis 2011. Malam itu, lebih kurang pukul 3.30 pagi, seorang kakak yang menginap di situ menelefon saya bertanyakan minyak gamat. Katanya gigi seorang kakak di situ berdarah. Saya yang mamai-mamai mencari minyak gamat, jumpa tetapi malang seribu kali malang tarikh luput (Exp Date) minyak gamat itu ialah pada 31hb Dis 2010. Sudah lewat setahun, otak saya ligat berfikir, jika diberi takut-takut sakit giginya makin mudarat. Saya terangkan semuanya kepada kakak itu dan dia nampaknya memahami situasi saya.
Setelah itu kami masih bersms bertanyakan semula keadaan gigi kakak tersebut. Katanya sudah semakin ok, jika masih teruk saya bercadang membawanya ke hospital. Selepas itu mata saya semacam 'kebal', tidak boleh tidur sehingga ke pagi. Tengahari ini kunci homestay diserahkan oleh saudara mereka kepada suami saya tanpa sempat saya melihat kakak yang sakit gigi pagi itu. Terkilan juga rasanya, tetapi doa saya moga kakak itu cepat sembuh dari kesakitannya.
Begitulah kisah saya bersama tetamu Homestay De Rasi ini, kami suami isteri amat mengalu-alukan kedatangan semua tetamu kami. Kami sedaya upaya memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan homestay kami ini diyakini oleh tetamu homestay. Terima kasih juga buat tetamu yang begitu memberi kepercayaan dan kerjasama kepada kami selama ini.
Sekian, jumpa lagi.

Berbalik kepada tetamu saya ini, sebuah keluarga mahu pulang ke utara dahulu dan kembali semula ke Ipoh. Maka kami lakarkan peta untuk mereka keluar dari Ipoh dan masuk semula ke Ipoh, paling senang ikut papan tanda Lost World Of Tambun. Sebut LWOT, sebenarnya macam-macam ada di sana, tuan/puan bolehlah membawa anak-anak ke sana bila cuti sekolah nanti. Jika berhajat berkunjung ke sini, datanglah awal sedikit, boleh lama berendam dalam air. Kami telah sampai, kalian bila lagi?
Kumpulan tetamu ini menempah homestay untuk tempoh semalam. Masuk 11hb Dis dan keluar pada 12hb Dis 2011. Malam itu, lebih kurang pukul 3.30 pagi, seorang kakak yang menginap di situ menelefon saya bertanyakan minyak gamat. Katanya gigi seorang kakak di situ berdarah. Saya yang mamai-mamai mencari minyak gamat, jumpa tetapi malang seribu kali malang tarikh luput (Exp Date) minyak gamat itu ialah pada 31hb Dis 2010. Sudah lewat setahun, otak saya ligat berfikir, jika diberi takut-takut sakit giginya makin mudarat. Saya terangkan semuanya kepada kakak itu dan dia nampaknya memahami situasi saya.
Setelah itu kami masih bersms bertanyakan semula keadaan gigi kakak tersebut. Katanya sudah semakin ok, jika masih teruk saya bercadang membawanya ke hospital. Selepas itu mata saya semacam 'kebal', tidak boleh tidur sehingga ke pagi. Tengahari ini kunci homestay diserahkan oleh saudara mereka kepada suami saya tanpa sempat saya melihat kakak yang sakit gigi pagi itu. Terkilan juga rasanya, tetapi doa saya moga kakak itu cepat sembuh dari kesakitannya.
Begitulah kisah saya bersama tetamu Homestay De Rasi ini, kami suami isteri amat mengalu-alukan kedatangan semua tetamu kami. Kami sedaya upaya memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan homestay kami ini diyakini oleh tetamu homestay. Terima kasih juga buat tetamu yang begitu memberi kepercayaan dan kerjasama kepada kami selama ini.
Sekian, jumpa lagi.
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "