As Salam..
Bertemu kita lagi di sini. Di ruangan ini saya coretkan serba sedikit pengalaman saya bersama tetamu Homestay De Rasi yang terletak di Taman Rasi Ampang, Ipoh.
Pn. Maimon menyerahkan kunci homestay anggaran pukul 12.00 tengahari pada 24 Ogos itu. Seusai kunci homestay bertukar tangan, suami saya terus ke homestay untuk kerja-kerja pembersihan. Waktu itu jantung saya berdebar-debar, semua aktiviti pembersihan dan mengemas kelengkapan homestay perlu cepat dan pantas. Ini kerana saya telah menerima tempahan dari En. Marzuki untuk 24 Ogos itu.
Dalam 5 minit suami di homestay, saya mendapat panggilan telefon dari En. Marzuki yang memaklumkan saudara-maranya telah sampai di Ipoh. Saya memohon penangguhan 'check-in' anggaran pukul 2.00 petang dan alhamdulillah En. Marzuki memahami situasi kelam-kabut saya waktu itu. Kesian juga saya dengan keluarga tetamu ini, maklumlah yang kaum lelakinya perlu bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat tengahari itu.
Dan anggaran pukul 2.15 petang itu, sampailah tetamu homestay saya, diketuai oleh Tn. Mohamad Ridzwan B. Mohd Tahar. Mereka sekeluarga termasuk anak, menantu dan cucu seramai 9 orang dari Bukit Ubi Kuantan, Pahang. Mereka datang ke Ipoh ini untuk meraikan majlis pertunangan dan perkahwinan anak En. Marzuki.
Dan esoknya dalam pukul 11.30 pagi, mereka telah bersedia untuk 'check-out'. Saya mengiringi pemergian tetamu saya ini dengan ucapan selamat jalan dan semoga selamat sampai ke destinasi seterusnya.
Sekian, jumpa lagi