As Salam semua...
Apa khabar tuan/puan sekalian. Harapan saya semoga semuanya sihat hendaknya. Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Kad1: untuk tetamu lelaki...
Kad2: untuk tetamu perempuan...
Kad3: untuk tetamu kanak-kanak pula...
Pada 23 Ogos 2012 yang lalu, Homestay De Rasi menerima tetamu dari Johor, Pn. Maimon sekeluarga. Mereka berjalan raya ke Ipoh ini, dan pastinya ke rumah sahabat baiknya iatu Pn. Norsham. Cerita Pn. Norsyam ada di SINI.
Sebelum itu Pn. Norsham ada bertanya tarikh 23 Ogos itu, katanya untuk tempahan semalam. Bagi pihak saya agak keberatan juga kerana tarikh itu jatuh pada 5 Syawal, masih dalam mood berhari raya lagi. Tetapi segalanya berubah setelah saya menerima panggilan telefon dari Pn. Maimon sendiri yang begitu berhajat untuk menginap di homestay. Saya dengan rendah hati menerima kehadiran mereka sekeluarga.
Harapan saya hendaknya Pn. Maimon sekeluarga gembira dan selesa menginap di Homestay De Rasi dan doa saya semoga mereka selamat sampai semula ke Johor.
Sekian, jumpa lagi..
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "
No comments:
Post a Comment