Rumah teres 'mewah' 2 tingkat bersaiz 22" X 70" di hadapan padang dan terletak di jalan utama- keluar/masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan, mudah dikunjungi. Sesuai dan selesa sebagai tempat persinggahan semasa menghadiri sebarang majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, berkursus dan bekerja di bandaraya Ipoh dan sekitarnya.
Saturday, September 18, 2010
Thursday, September 16, 2010
Kebesaran Ilahi
Salam saudara/ri sekalian. Apa khabar semua? Harapan saya moga saudara/ri sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu. Sebelum itu suka juga diingatkan agar saudara/ri cerewet sedikit memilih makanan sempena Aidilfitri ini, lebih-lebih lagi selepas ini tentu ramai yang menghadiri rumah terbuka. Bukan apa, sebulan berpuasa dapat juga kurang 4kg atau 5kg berat badan...tup-tup 2 minggu sahaja naik mendadak 10kg..hehehehe....
Tengahari tadi kami suami isteri memenuhi undangan majlis perkahwinan di antara Muhammad Izwan Bin Zainal Abidin dengan pasangannya Hanan Binti Samsudin @Yasin di Persiaran Halaman Ampang 10, Halaman Ampang Mewah, Ipoh. Meriah, ceria dengan tema warna ungu, kelas gitu!!!!! Saudara/ri, di sinilah Kebesaran Ilahinya berlaku...ayah pengantin lelaki, En Zainal Abidin itu adalah IDOLA kami...begitu lama kami memerhatikan En Zainal ini....segalanya hanya di jalanraya sahaja. Akhirnya kami tahu di situlah kediamannya dan dapat mengenali ahli keluarga En Zainal Abidin.
Sebelum itu, malam tadi lebih kurang 8.30 malam keluarga pengantin sebelah perempuan dari Terengganu selamat sampai di Homestay De Rasi untuk tempahan semalam. Tanpa disangka mereka memohon untuk menginap di homestay lagi semalam, nasib baik tetamu seterusnya akan masuk pada petang Jumaat, maka dapatlah dipenuhi permintaan mereka itu. Syukur alhamdulillah atas rezeki kurnian Ilahi ini...(kenalah saya minim Milo banyak sikit ini untuk tambah tenaga...untuk apa? tambah tenaga...ya, tambah tenaga untuk mengemas homestay pagi Jumaat nanti, hehehe.....)
Menyentuh hal mengemas homestay, segalanya saya buat sendiri. Dari menyapu sampah dan sawang, mengemop lantai hingga bersih dan berkilat, menukar cadar dan sarung bantal serta mengelap habuk..segalanya demi kepuasan dan keselesaan tetamu homestay. Sesuai sangat dengan motto Homestay De Rasi iaitu Keselesaan Anda Keutamaan Kami.
Sampai di sini dulu untuk kali ini, jumpa lagi di lain kesempatan.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)