Salam semua...
Pada 8hb. Disember yang lalu, dalam anggaran 4.30 petang saya mendapat panggilan telefon menanyakan kekosongan homestay pada malam itu. Saya terus menyatakan bahawa malam itu tiada tempahan tetamu. Pemanggil ini terus menyatakan hasratnya untuk menempah homestay pada malam itu dan saya berterus-terang dengannya yang saya amat keberatan untuk menerima tetamu yang datang 'mengejut' ini. Bincang punya bincang, pujuk demi pujuk dan akhirnya saya mengalah. Hati kecil saya berbisik, demi membantu sesama insan, petang ini masa dia, entah petang bila nanti saya akan meminta bantuan orang lain pula. Moga pada waktu itu ada insan lain pula yang sudi menolong saya yang mungkin dalam kesusahan.
Dalam pukul 6 petang itu, saya terus ke homestay untuk memasang sarung bantal dan cadar. Semasa 'bersilat-silat' atas katil itu kedengaran tetamu memberi salam di luar homestay. Rasa terhenti sejenak denyutan jantung saya, terus 'melompat' ke ruang tamu homestay dan terus mempersilakan semua tetamu masuk. Alhamdulillah itulah pertemuan pertama saya dengan Pn. Hasnah sekeluarga dan adiknya juga sekeluarga. Mereka ini keletihan mandi-manda di Lost World Of Tambun, dan esoknya mereka akan bertolak ke Lumut pula.

Esok paginya dalam pukul 9.00 pagi, mereka bersiap-siap untuk berangkat pulang. Pn. Hasnah memohon bantuan saya untuk membawa adiknya, Pn. Sharmila ke klinik berhampiran untuk membuat pemeriksaan BP (Blood Pressure). Katanya, kepalanya pening dan sakit-sakit, dan doktor juga telah menasihatinya agar setiap hari membuat pemeriksaan BP. Saya telah membawanya ke Klinik Brajan dan setelah itu saya menghantarnya semula ke homestay. Itu sahaja yang mampu saya buat untuk menolongnya dan saya mendoakan agar Pn. Sharmila sihat selalu.
Begitulah adat menjalankan perkhidmatan homestay ini, saya sentiasa berniat di hati untuk membantu sesama insan. Walaupun penat, saya telan semuanya demi kepuasan tetamu Homestay De Rasi. Bila tetamu melahirkan kegembiraan mereka semasa menginap di sini, maka hilanglah segala penat dan keluh resah jiwa saya. Terima kasih diucapkan dan insyaallah di lain kali kita bertemu lagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment