As Salam dan salam sejahtera semua,
Pada hujung minggu lepas iaitu pada 25hb hingga 26hb Jun 2011 (Sabtu dan Ahad), Pn Rahimah (Kak Imah) telah menempah Homestay De Rasi untuk kegunaan adik-beradiknya dari Johor dan Manjung Perak untuk tempahan semalam. Katanya mereka akan menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Meru. Dengan kedudukan homestay yang berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan, maka mudahlah mereka ke Jelapang dan terus ke Meru.
Jika tuan/puan mencari di Google Map pun jelas terpampang yang Homestay De Rasi, Taman Rasi Ampang ini berhampiran dengan Tol Ipoh Selatan. Tuan/puan yang datang dari arah Selatan/KL boleh terus ke Tol Ipoh Selatan ini setelah mengambil lorong KIRI. Ikut sahaja arahan dari PLUS ini, jika mahu ke IPOH IKUT KIRI dan bayarlah tol di situ. Setelah itu belok ke Pusat Khidmat Pelanggan dan berhenti di kawasan rehat di situ dimana wakaf, tandas dan surau disediakan untuk kemudahan semua. Dari situ, tuan/puan hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk sampai ke pintu pagar homestay.
Bagi bakal tetamu Homestay De Rasi yang berada di Ipoh, kemungkinan besar mereka tiada masalah untuk ke homestay ini. Contohnya En. Hong, beliau berhajat untuk menempah homestay ini pada 29hb Oktober 2011 dan saya mencadangkan beliau melawat sendiri homestay ini walaupun telah melayari Homestay De Rasi. Namun berbeza pula keadaannya dengan Pn Hafma dari Bandar Baru Bangi yang hanya mampu melayari laman blog Homestay De Rasi sebelum mengambil keputusan untuk membuat tempahan.
Walau apa juga keadaannya, saya bagi pihak Tuan Rumah sedaya upaya berusaha untuk menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan bersih untuk semua tetamu saya. Bukan apa tuan/puan sekalian, saya ini sekarang sedang menunggu hari sahaja untuk bersalin anak keempat, jadi segala soal mengemas dan membersihkan persekitaran homestay telah diserahkan kepada insan lain.
Sekian dulu untuk kali ini, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment