As Salam semua,
Tahun 2012 tiba juga, saya dengan sukanya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua tetamu Homestay De Rasi. Moga tahun baru ini membawa sinar kebahagiaan buat kalian semua bersama keluarga tersayang. Dengan adanya keluarga di sisi pastinya memberi kekuatan untuk kita melakukan tugas-tugas seharian. Bagi yang akan menerima keluarga baru pada tahun ini, contohnya menantu baru mungkin sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan atau pertunangannya.
Dalam kekalutan dengan persiapan majlis tersebut, tidak ketinggalan juga difikirkan tentang tempat penginapan bakal-bakal keluarga baru ini. Selaku tuan rumah, sedaya upaya kita memberi layanan yang baik kepada semua. Begitulah juga dengan Pn. Angie Ng dan suaminya En. Wong Chee Chong, mereka telah menempah Homestay De Rasi ini pada bulan Oktober 2011 yang lalu. Saudara-mara mereka dari Kuala Lumpur akan menginap di homestay ini untuk menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya.
Mereka menempah homestay untuk tempoh 2 malam iaitu dari 7hb Jan dan keluar pada 9hb Jan 2012. Pn. Angie dan En. Wong ini ramah orangnya, kata mereka bagus juga saya menyediakan perkhidmatan homestay ini dengan memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih diucapkan atas segala kata-kata sokongan dan dorongan itu. Saya cuba sedaya upaya memberi apa yang termampu demi keselesaan semua tetamu Homestay De Rasi.
Sekian, jumpa lagi.
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "
No comments:
Post a Comment