Thursday, February 9, 2012

Giliran Cik Thila pula...


                                               

Gambar ihsan dari Azwan Lazam

As Salam semua,


Pada 4hb-5hb Februari yang lalu, Homestay De Rasi menerima kedatangan tetamu dari Sungai Petani, Kedah. Cik Thila telah menempah homestay dari saya semenjak dari bulan Januari lagi, katanya dia risau jika homestay saya penuh pada waktu itu. Bagi saya pula, siapa cepat menempah dialah yang dapat. Harap maklumlah yang saya hanya mempunyai sebuah homestay, diberi nama De Rasi.

Kali ini tetamu yang menginap di homestay ini adalah saudara-mara sebelah tunang Cik Thila. Mereka datang ke Ipoh ini untuk melangsungkan majlis pertunangan Cik Thila, dan sebelum majlis bermula mereka selesa melakukan segala persiapan di homestay. Mereka juga membawa pelbagai hantaran seperti majlis pertunangan orang Melayu, beria berbagai....

Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini. dan di sini

Oleh kerana Cik Thila kita ini sibuk menguruskan persiapan dirinya, makanya pada petang itu kunci homestay diambil oleh kakak iparnya, Pn. Prema. Berkenalan juga saya dengannya dan katanya mereka juga akan menempah homestay ini lagi untuk majlis perkahwinan Cik Thila yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Apapun bagi saya dan suami, kami menyediakan perkhidmatan homestay ini untuk semua kaum, tidak kiralah orang Melayu, Cina atau India. Asalkan tujuan mereka baik demi kesejahteraan manusia sejagat.


Sekian, jumpa lagi.



''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "


 

Thursday, February 2, 2012

Bawaku Pergi...

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
As  Salam semua...
Pada 27hb pula, Pn. Hjh. Norsham telah menempah Homestay De Rasi untuk tempoh 2 malam. Katanya malam pertama buat keluarga menantu dari Tumpat, Kelantan dan malam kedua pula buat sanak-saudaranya. Pn. Hjh. Norsham dan suami Tn. Hj. Shaari Ismail akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan mereka iaitu Norfatin Shaari dan suaminya Mohd Saifullah Bakri pada 28hb Januari 2012 yang lalu. Mereka telah selamat diijabkabulkan pada 13hb Mei 2011 yang lalu.
Pn. Hjh Norsham ini jiran selang serumah dengan saya dan rumah kami selang satu lorong sahaja dengan Homestay De Rasi. Oleh itu, cukup senanglah keluarga menantunya bertandang ke Ipoh dan berjalan kaki sahaja ke rumah Pn. Hjh. Saya selaku Tuan Rumah amat mengalu-alukan kehadiran semua saudara-mara Pn. Hjh. Norsham dan suami ke  homestay kami ini. Kami, saya dan suami sedaya upaya cuba menyediakan perkhidmatan terbaik buat semua tetamu kami, insyaallah.
Apa pula kaitannya tempahan Pn. Hjh. Norsham dengan lagu Bawaku Pergi ini? Sebenarnya anak perempuan dan menantu Pn. Hjh. ini sedang melanjutkan pengajian mereka di Adelaide, Australia. Nanti saya tunjukkan pula kad perkahwinan mereka yang sangat istimewa, Pasport Perkahwinan yang berwarna merah lagi.



Sungguh istimewa pasport ini, moga ikatan perkahwinan Fatin dan Saifullah sentiasa dirahmatiNya, amin.


Sekian, jumpa lagi.



''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "






Thursday, January 26, 2012

Demi Persahabatan

Salam semua...

Pada 25hb yang lalu, Homestay De Rasi menerima tetamu dari Pulau Pinang. Mereka sekeluarga berkunjung ke Ipoh ini hanya untuk bertemu dengan saudara-mara yang telah menetap di sini. Sebenarnya tempahan homestay ini telah dibuat oleh Pn. Heng Hoon Lee dari Taman Ipoh Jaya Timur. 

Pn. Heng ini berasal dari Pulau Pinang dan bertemu jodoh dengan En. Teh Kam Cheok, kelahiran Ipoh dan seterusnya menetap di Ipoh. Demi keselesaan saudara-maranya, Pn. Heng telah memujuk saya agar menerima tempahan mereka untuk menginap semalam di homestay ini.




Saya ini agak keberatan untuk mengambil tempahan Pn Heng ini. Hendak tahu mengapa?, 25hb itu adalah hari Rabu, hari bekerja. Saya ini pula kakitangan kerajaan yang masuk pejabat jam 8.00 pagi dan keluar jam 5.00 petang. Oleh yang demikian saya risau jika tidak dapat menyediakan homestay ini dalam keadaan kemas pada hari Rabu itu. 

Jika saya menerimanya pasti saya perlu menggunakan masa rehat tengahari saya, pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang untuk mengemas homestay. Lagi pun suami saya juga selalu mengingatkan bahawa perkhidmatan homestay ini adalah sampingan sahaja, dan jangan sampai ia mengganggu tugas-tugas hakiki di pejabat.

Saya berterus terang dengan Pn. Heng mengenai keadaan saya dan Pn. Heng membalas yang dia yakin dengan kebersihan dan kekemasan Homestay De Rasi. Bak kata pepatah Melayu, kalau sudah jodoh tidak ke mana, dan tak lari gunung dikejar, akhirnya selamat juga saudara-mara Pn. Heng menginap di Homestay De Rasi ini. 

Pukul 3.00 petang esoknya En. Teh pula menelefon dan memberitahu saya yang dia mahu memulangkan kunci homestay. Alhamdulillah, semuanya selesai dan En. Teh juga mengucapkan terima kasih kepada saya atas perkhidmatan dan bantuan saya menyediakan penginapan yang selesa untuk saudara-maranya yang datang dari jauh, Pulau Mutiara.

Perkhidmatan homestay ini telah membuka minda dan cara pemikiran saya agar sentiasa menghargai persahabatan, tidak mengira apa juga bangsa dan bahasa. Doa dan harapan saya moga persahabatan dan perhubungan saya dengan semua tetamu Homestay De Rasi akan terus berkekalan atas landasan yang sentiasa dirahmatiNya.


Sekian, jumpa lagi.



''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...