Gambar ihsan dari Azwan Lazam
As Salam semua,
Pada 4hb-5hb Februari yang lalu, Homestay De Rasi menerima kedatangan tetamu dari Sungai Petani, Kedah. Cik Thila telah menempah homestay dari saya semenjak dari bulan Januari lagi, katanya dia risau jika homestay saya penuh pada waktu itu. Bagi saya pula, siapa cepat menempah dialah yang dapat. Harap maklumlah yang saya hanya mempunyai sebuah homestay, diberi nama De Rasi.
Kali ini tetamu yang menginap di homestay ini adalah saudara-mara sebelah tunang Cik Thila. Mereka datang ke Ipoh ini untuk melangsungkan majlis pertunangan Cik Thila, dan sebelum majlis bermula mereka selesa melakukan segala persiapan di homestay. Mereka juga membawa pelbagai hantaran seperti majlis pertunangan orang Melayu, beria berbagai....
Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini. dan di sini
Oleh kerana Cik Thila kita ini sibuk menguruskan persiapan dirinya, makanya pada petang itu kunci homestay diambil oleh kakak iparnya, Pn. Prema. Berkenalan juga saya dengannya dan katanya mereka juga akan menempah homestay ini lagi untuk majlis perkahwinan Cik Thila yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.
Apapun bagi saya dan suami, kami menyediakan perkhidmatan homestay ini untuk semua kaum, tidak kiralah orang Melayu, Cina atau India. Asalkan tujuan mereka baik demi kesejahteraan manusia sejagat.
Sekian, jumpa lagi.
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "
No comments:
Post a Comment