Thursday, January 26, 2012

Demi Persahabatan

Salam semua...

Pada 25hb yang lalu, Homestay De Rasi menerima tetamu dari Pulau Pinang. Mereka sekeluarga berkunjung ke Ipoh ini hanya untuk bertemu dengan saudara-mara yang telah menetap di sini. Sebenarnya tempahan homestay ini telah dibuat oleh Pn. Heng Hoon Lee dari Taman Ipoh Jaya Timur. 

Pn. Heng ini berasal dari Pulau Pinang dan bertemu jodoh dengan En. Teh Kam Cheok, kelahiran Ipoh dan seterusnya menetap di Ipoh. Demi keselesaan saudara-maranya, Pn. Heng telah memujuk saya agar menerima tempahan mereka untuk menginap semalam di homestay ini.




Saya ini agak keberatan untuk mengambil tempahan Pn Heng ini. Hendak tahu mengapa?, 25hb itu adalah hari Rabu, hari bekerja. Saya ini pula kakitangan kerajaan yang masuk pejabat jam 8.00 pagi dan keluar jam 5.00 petang. Oleh yang demikian saya risau jika tidak dapat menyediakan homestay ini dalam keadaan kemas pada hari Rabu itu. 

Jika saya menerimanya pasti saya perlu menggunakan masa rehat tengahari saya, pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang untuk mengemas homestay. Lagi pun suami saya juga selalu mengingatkan bahawa perkhidmatan homestay ini adalah sampingan sahaja, dan jangan sampai ia mengganggu tugas-tugas hakiki di pejabat.

Saya berterus terang dengan Pn. Heng mengenai keadaan saya dan Pn. Heng membalas yang dia yakin dengan kebersihan dan kekemasan Homestay De Rasi. Bak kata pepatah Melayu, kalau sudah jodoh tidak ke mana, dan tak lari gunung dikejar, akhirnya selamat juga saudara-mara Pn. Heng menginap di Homestay De Rasi ini. 

Pukul 3.00 petang esoknya En. Teh pula menelefon dan memberitahu saya yang dia mahu memulangkan kunci homestay. Alhamdulillah, semuanya selesai dan En. Teh juga mengucapkan terima kasih kepada saya atas perkhidmatan dan bantuan saya menyediakan penginapan yang selesa untuk saudara-maranya yang datang dari jauh, Pulau Mutiara.

Perkhidmatan homestay ini telah membuka minda dan cara pemikiran saya agar sentiasa menghargai persahabatan, tidak mengira apa juga bangsa dan bahasa. Doa dan harapan saya moga persahabatan dan perhubungan saya dengan semua tetamu Homestay De Rasi akan terus berkekalan atas landasan yang sentiasa dirahmatiNya.


Sekian, jumpa lagi.



''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "


 

Tuesday, January 24, 2012

Majlis Pertunangan di Restoran Simpang Tiga

Salam semua,

Pada 21hb Januari yang lalu, Homestay De Rasi menerima tetamu dari tempahan Pn. Norlaili Bt Muktar, jiran saya. Sebelum ini kami tidak pernah berjumpa, tetapi kerana homestay ini kami dapat berkenal mesra.

Beliau menempah homestay untuk tempoh semalam, katanya untuk majlis pertunangan adiknya. Dan istimewanya majlis ini diadakan di Restoran Simpang Tiga. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh layari SINI . Lokasinya sangat mudah dikunjungi dan makanannya sedap-sedap belaka.




Petang itu, lebih kurang 6.15 ptg sampailah sebuah van persiaran dari Terengganu di homestay. Tetamu datang bersama barang-barang hantaran untuk majlis pertunangan esok harinya. Idea bagus juga mengadakan majlis di restoran itu, tidak perlu memikirkan hal-hal khemah dan makan minum. Saya mendoakan moga majlis itu berjalan lancar dan dirahmati olehNya.


Sekian, jumpa lagi.



''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "



 

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Tahun Baru 2012


 


As Salam semua,

Tahun 2012 tiba juga, saya dengan sukanya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua tetamu Homestay De Rasi. Moga tahun baru ini membawa sinar kebahagiaan buat kalian semua bersama keluarga tersayang. Dengan adanya keluarga di sisi pastinya memberi kekuatan untuk kita melakukan tugas-tugas seharian. Bagi yang akan menerima keluarga baru pada tahun ini, contohnya menantu baru mungkin sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan atau pertunangannya. 

Dalam kekalutan dengan persiapan majlis tersebut, tidak ketinggalan juga difikirkan tentang tempat penginapan bakal-bakal keluarga baru ini. Selaku tuan rumah, sedaya upaya kita memberi layanan yang baik kepada semua. Begitulah juga dengan Pn. Angie Ng dan suaminya En. Wong Chee Chong, mereka telah menempah Homestay De Rasi ini pada bulan Oktober 2011 yang lalu. Saudara-mara mereka dari Kuala Lumpur akan menginap di homestay ini untuk menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya.

Mereka menempah homestay untuk tempoh 2 malam iaitu dari 7hb Jan dan keluar pada 9hb Jan 2012. Pn. Angie dan En. Wong ini ramah orangnya, kata mereka bagus juga saya menyediakan perkhidmatan homestay ini dengan memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih diucapkan atas segala kata-kata sokongan dan dorongan itu. Saya cuba sedaya upaya memberi apa yang termampu demi keselesaan semua tetamu Homestay De Rasi.


Sekian, jumpa lagi.




''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...