Thursday, March 8, 2012

Kisah En. Mazlan Koesnan





As Salam,

            Kali ini saya berkongsi pengalaman dengan En. Mazlan dan isteri semasa menyewa Homestay De Rasi. En. Mazlan ini seorang anggota polis dan orangnya peramah, begitu juga dengan isteri beliau. Kami bersembang bagai telah lama berkenalan. Dunia ini kecil sahaja katanya, dia telah berjumpa dengan adik saya, Abdul Halim di UiTM Shah Alam. Anaknya juga melanjutkan pengajian di sana.

           En. Mazlan telah menempah homestay ini seawal bulan Oktober 2011 lagi. Mulanya dia bercadang untuk mengambil tarikh 10 hingga 12 Disember 2011 tetapi terpaksa ditunda pula kepada 2-4 Mac 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagi pihak saya, selagi tiada tempahan pada tarikh tersebut maka ianya tidak menjadi masalah, masih boleh diterima.

          Sampai tarikh 2 Mac itu (Jumaat), saya menunggu isteri En. Mazlan yang telah berjanji untuk mengambil kunci homestay dalam jam 2.30 petang. Setelah 10 minit menunggu saya menghubunginya semula dan beliau memberitahu masih berada di Giant, sibuk membeli-belah untuk persiapan majlis perkahwinan anak lelakinya. Saya terus sahaja menghantar kunci homestay ke rumah beliau dan disambut En. Mazlan yang kebetulan baru sahaja pulang dari sembahyang Jumaat.

Selesai sudah majlis perkahwinan anak mereka, saya dan suami mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Azad dan Lina, moga bahagia selalu. Juga ucapan terima kasih di atas pemberian cenderahati tempohari, 2 bekas jem yang comel ini.






Teringat saya bab bantal dan selimut pula, terima kasih juga saya tujukan kepada En. Mazlan dan isteri, semoga semua kemudahan yang ada di homestay ini memberi kemudahan dan manfaat kepada semua tetamu Homestay De Rasi di masa akan datang.


                                       
                                         (ini gambar selimut ker tuala yekk !!!....)



Sekian.



 ''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...