Thursday, April 5, 2012

Majlis Konvokesyen PUO Ke- 41: Tempahan Cik Nisa




As Sam semua...

              Pembukaan pertama penginapan Homestay De Rasi pada bulan April 2012 ini telah dipegang oleh Cik Nur Khairunisa Binti Kamalluddin dari Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Dia telah menempah homestay dan membuat pembayaran deposit pada 15hb Mac lagi dengan tujuan untuk menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Kali ke- 41 Politeknik Ungku Omar Ipoh pada 2-4hb April 2012 yang lalu. Gambar-gambar sekitar majlis tersebut ada di SINI



PERAKTODAY10

(Gambar dari PerakToday)


            Sampai tarikh yang dijanjikan iaitu pada petang 2hb April, dalam anggaran pukul 5.30 petang Cik Nisa sekeluarga telah menunggu saya di hadapan PUO. Saya terus membawa mereka ke Homestay De Rasi. Berkenalanlah saya dengan ibu, ayah dan anak-beradik Cik Nisa. Dari perbualan kami itu, kata mereka homestay ini luas dan selesa untuk mereka sekeluarga. Di Pulau Pinang sana jarang ada rumah yang buka luasnya 22 kaki, jika ada pun tentulah banglo jutaan ringgit. Ibu dan ayah Cik Nisa ini juga berkhidmat dalam sektor perhotelan dan pelancongan. 
           
              Esoknya dalam pukul 1.00 tengahari kami berjumpa semula di ruang niaga dan Cik Nisa terus memulangkan kunci homestay. Ceria dan berseri wajah Cik Nisa pada waktu itu, setelah segala usaha dan penat-lelah semasa menuntut ilmu di PUO serta pengorbanan ibu ayah dihargai pada majlis konvokesyen ini.  Untuk pengetahuan semua, Cik Nisa ini adalah graduan dari JKA dan pastinya dia telah memperolehi pekerjaan setelah tamat pengajian tempohari. 

               Syabas dan tahniah dari saya, doa saya semoga kejayaan kali ini menjadi titik permulaan untuk kejayaan dan kecemerlangan yang lebih besar lagi di masa-masa akan datang. Diharapkan juga selepas ini kehidupan Cik Nisa sekeluarga terus diiringi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan.

               
Sekian, jumpa lagi.... 
 
 
 
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "
 
 
 
 

Thursday, March 29, 2012

Tempahan Last Minute..



As Salam semua...

                  Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan tetamu saya yang telah menyewa Homestay De Rasi pada 26hb-28hb Mac 2012 yang lalu iaitu untuk tempahan 2 malam. Beliau adalah En. Mohd Khairulnizam Bin Yusuf, rakan sepejabat saya. Dan minggu ini juga adalah minggu terakhir dia berada di Ipoh ini. Beliau mengambil keputusan untuk 'berundur' dari Ipoh untuk menetap bersama-sama isteri beliau di Bandar Muadzam Shah, Pahang setelah hampir setahun memegang pingat PJJ (pasangan jarak jauh)...hehehe..





 
 
               Ceritanya, dalam pukul 5.30 petang 26hb Mac itu (Isnin), dia menelefon saya bertanyakan adakah homestay saya kosong pada malam itu. Katanya dia ingin menempah homestay saya semalam untuk kegunaan makcik-makciknya dari Kelantan. Saya yang dalam perjalanan pulang ke rumah terus berjanji untuk mengambilnya di Caltex TC dan terus kami menuju ke homestay. Bagi saya sebagai tuan rumah, sebaik-baiknya tetamu telah melihat atau 'melawat' dahulu luar dan dalam homestay sebelum memberi persetujuan untuk menempah homestay ini.
 
                Kata persetujuan dicapai, makanya lebih kurang dalam pukul 8.30 malam maka sampailah tetamu saya di Homestay De Rasi hasil dari tempahan last minute petang itu. Rupa-rupanya 2 buah keluarga sepupunya (muda-muda belaka) yang sampai, dan bukan ler makcik-makcik, hehehee...
 
                  Mulanya berjanji semalam, dan esoknya mereka bercadang hendak mandi-manda di Lost World Of Tambun. Sampai di sana pula LOWT ini tutup, dan barulah saya tahu LWOT ini tutup hari Selasa. Oleh yang demikian mereka mengambil keputusan untuk menginap semalam lagi di homestay.
 
                 Bagi saya dan suami, kami amat mengalu-alukan kedatangan tetamu kami ke Homestay De Rasi. Kami sedaya-upaya menyediakan kemudahan yang termampu dan moga tetamu-tetamu kami gembira dan selesa semasa menginap di sini.
 
 
Sekian, jumpa lagi.
 
 
 
''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "
 
 
 

Monday, March 12, 2012

Tetamu dari Laos


As Salam,

                 Semalam, anggaran jam 3.15 petang En Michael Low Wai Mean dan isteri, Pn Lynda memulangkan semula kunci Homestay De Rasi. Selepas itu mereka terus bertolak ke KL, katanya ada pertandingan golf di sana. Pn. Lynda juga mempunyai ramai kenalan permainan golf ini termasuklah Datin Yap. Bagi saya, nama Datin Yap masih kekal dalam ingatan, mantan Ketua Jabatan Perdagangan suatu masa dulu, akhir tahun 90-an di PUO.

                 Pn. Lynda menempah Homestay De Rasi untuk tempoh 3 malam untuk kegunaan keluarga besannya dari Laos. Mereka datang ke Malaysia ini bagi meraikan majlis perkahwinan anak perempuan mereka dan anak lelaki En. Michael dan Pn. Lynda. Anak lelaki dan menantu En. Michael dan Pn. Lynda ini bekerja di Thailand, mungkin di sana permulaan pertemuan mereka, saya cuma meneka sahaja. Maka dengan ini bertambah lagilah bilangan tetamu Homestay De Rasi dari luar negara, ini sudah kira homestay antarabangsa...hehehe...




           Maklumat lain tentang Laos, carilah di SINI 

En. Michael dan Pn. Lynda ini menetap di Taman Ipoh Jaya Timur, tetapi mereka telah memilih Homestay De Rasi di Taman Rasi Ampang ini. Bertanya juga saya kepada Pn. Lynda, bagaimana beliau tahu lokasi homestay ini. Rupa-rupanya dia berkawan dengan Pn. Carol Choong, jiran saya. Begitulah, jika baik beritahu kawan, jika tidak beritahu saya...
 

Sekian, jumpa lagi.

 

''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...