Thursday, January 26, 2012

Demi Persahabatan

Salam semua...

Pada 25hb yang lalu, Homestay De Rasi menerima tetamu dari Pulau Pinang. Mereka sekeluarga berkunjung ke Ipoh ini hanya untuk bertemu dengan saudara-mara yang telah menetap di sini. Sebenarnya tempahan homestay ini telah dibuat oleh Pn. Heng Hoon Lee dari Taman Ipoh Jaya Timur. 

Pn. Heng ini berasal dari Pulau Pinang dan bertemu jodoh dengan En. Teh Kam Cheok, kelahiran Ipoh dan seterusnya menetap di Ipoh. Demi keselesaan saudara-maranya, Pn. Heng telah memujuk saya agar menerima tempahan mereka untuk menginap semalam di homestay ini.




Saya ini agak keberatan untuk mengambil tempahan Pn Heng ini. Hendak tahu mengapa?, 25hb itu adalah hari Rabu, hari bekerja. Saya ini pula kakitangan kerajaan yang masuk pejabat jam 8.00 pagi dan keluar jam 5.00 petang. Oleh yang demikian saya risau jika tidak dapat menyediakan homestay ini dalam keadaan kemas pada hari Rabu itu. 

Jika saya menerimanya pasti saya perlu menggunakan masa rehat tengahari saya, pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang untuk mengemas homestay. Lagi pun suami saya juga selalu mengingatkan bahawa perkhidmatan homestay ini adalah sampingan sahaja, dan jangan sampai ia mengganggu tugas-tugas hakiki di pejabat.

Saya berterus terang dengan Pn. Heng mengenai keadaan saya dan Pn. Heng membalas yang dia yakin dengan kebersihan dan kekemasan Homestay De Rasi. Bak kata pepatah Melayu, kalau sudah jodoh tidak ke mana, dan tak lari gunung dikejar, akhirnya selamat juga saudara-mara Pn. Heng menginap di Homestay De Rasi ini. 

Pukul 3.00 petang esoknya En. Teh pula menelefon dan memberitahu saya yang dia mahu memulangkan kunci homestay. Alhamdulillah, semuanya selesai dan En. Teh juga mengucapkan terima kasih kepada saya atas perkhidmatan dan bantuan saya menyediakan penginapan yang selesa untuk saudara-maranya yang datang dari jauh, Pulau Mutiara.

Perkhidmatan homestay ini telah membuka minda dan cara pemikiran saya agar sentiasa menghargai persahabatan, tidak mengira apa juga bangsa dan bahasa. Doa dan harapan saya moga persahabatan dan perhubungan saya dengan semua tetamu Homestay De Rasi akan terus berkekalan atas landasan yang sentiasa dirahmatiNya.


Sekian, jumpa lagi.



''KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI "


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...